“Boleh jadi ape yang kamu benci itu amat baik bagi kamu.. “Zahid Hamidi didesak letak jawatan… Sekali Ini posting Terbaru Anaknya jadi perhatian..

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahan kerusi Parlimen Bagan Datuk selepas menang tipis 16,578 undi dengan majoriti 348 mengalahkan tiga calon parti lain.

Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah yang turut sama berkempen menyokong bapanya di Bagan Datuk meluahkan rasa terima kasih di atas sokongan rakan-rakan terhadapnya.

Dia juga sangat menghargai segala kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan sama ada melalui pesanan Whatsapp atau Direct Message (DM) media sosial.

Apa pun katanya, segala keputusan sudah menjadi ketentuan Allah SWT setelah pihaknya berusaha.

Allah sebaik-baik perancang. Dengan izin Allah kita menang dan dengan izin Allah juga kita kalah.

Tambah Nurul lagi, dia lebih selesa tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakitkan hati sesiapa buat masa ini.

Dia memilih untuk kekal tenang dan berlapang dada kerana semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

Terdahulu, Menteri Besar Johor menggesa Zahid Hamidi meletakkan jawatan Presiden UMNO dengan kadar segera untuk menyelamatkan parti itu.

Katanya, kemenangan hanya 9 kerusi parlimen di Johor pada PRU 15 menunjukkan orang Melayu telah menolak kepimpinan UMNO.

Terbaru Nurul juga ada memuat naik satu perkongsian ini, 

Kredit: Instagram Nurulhidayah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.