Gara-Gara Didakwa Berpesta, M4buk Di Kelab Malam, Netizen Tanya Ismail Izzani Dah Kena ‘Rotan’ Ke Belum, Sekali Ibu Dia Balas Balik

SUSULAN penularan video memaparkan aksi sumbang dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontr0versi.

Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen biadab netizen yang disifatkan sebagai seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

“Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu.

“Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya,” katanya.

Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang berciuman dengan seorang wanita berpakaian seksi di sebuah kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah.

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga aib mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah,” ujarnya.

Sementara itu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen sarkastik berhubung kontroversi melanda Ismail di Instagram Suliza.

Ibu Ismail jadi mangsa kecaman netizen.

“Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas,” komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kemarahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.

Gara-Gara Didakwa Berpesta, M4buk Di Kelab Malam, Ruang Komen Instagram Ismail Izzani Dihujani Kritikan

Baru-baru ini, tular sepotong video panas yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip penyanyi Ismail Izzani sedang menari dan mencium pipi dan leher seorang wanita di sebuah kelab hiburan.

Difahamkan juga, lelaki berkenaan didakwa sedang m4buk ketika menari dengan wanita berkenaan.

Walaupun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas tersebarnya video berkenaan, penyanyi yang popular dengan lagu Bidadari itu dilihat menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram baru-baru ini, Ismail berkongsi satu video boomerang dengan kapsyen: “Have a nice day ahead everyone.”

Namun, tindakannya itu bagaimanapun mengundang kritikan netizen dan pengguna-pengguna media sosial di ruangan komen.

“Dah sedar dari m4buk ke?”

“Kalau jadi artis wajib m4buk ke syarat sah dia?”

“Dah biasa. Tu rilek tu.”

Sungguhpun menerima banyak kecaman, ada antara netizen yang turut berasa kasihan dengan komen-komen yang diterima oleh anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu.

“Sedih tengok orang komen… siapa kita nak hukum dia? Siapa kita nak caci maki mengata dia. Kita tak ada anak, adik, abang dan saudara mara ke?

“Tak takut benda yang sama berlaku pada kita balik? Andai Mail bertaubat, Allah ampunkan dosa dia, kita yang duk mengata dia ni terkontang dengan dosa selagi Mail tak maafkan. Kita nampak Mail masuk ner4ka entah-entah kita dulu dihumban ke neraka. Komen kita melambangkan sikap dan isi hati kita,” tulisnya.

Terdahulu, Ismail pernah terpalit dengan kontroversi menghamilkan seorang wanita dan dituduh sudah mendirikan rumah tangga.

Namun, ibu kepada penyanyi itu menafikan dakwaan-dakwaan berkenaan.