Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Kerjakan Isteri Depan Anak, Saksl Dedah Rupanya Lelaki Itu Bekas Suami Penyanyi Terkenal..."

Kerjakan Isteri Depan Anak, Saksl Dedah Rupanya Lelaki Itu Bekas Suami Penyanyi Terkenal

RAKAMAN tular memaparkan seorang wanita didera dengan kejam oleh lelaki dipercayai suaminya cukup mengundang kemarahan netizen. Video berdurasi satu minit 11 saat itu memaparkan pelaku sedang menyeret wanita berkenaan dengan kasar di bahagian dapur sebuah kediaman.

Turut kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis serta seorang lagi wanita bertudung, dipercayai pembantu rumah mereka.Video itu dirakam seorang lelaki yang turut menyebut “selamatkan mama” kepada kanak-kanak tersebut yang sedang menangis ketakutan.

Mangsa pula hanya mampu menyebut “Ya Allah, dah, dah…” sewaktu dia diherdik pelaku yang hanya berseluar pendek warna putih dalam video tersebut.Selain rakaman yang mengundang kemarahan ramai, netizen turut terkejut apabila pemilik video mendedahkan pelaku merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut tempatan.

“Kenapa tak FYP? Tolong. Dia bekas suami A**** dangdut. Dia dera bini baharu pula. Tolong viralkan. Dia dah dera separuh mati,” dakwa pemilik video. Menurut keterangan tambahan di ruangan komen, mangsa sudah membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ujarnya lagi, mangsa merupakan isteri yang baik namun hidup dalam keadaan derita kerana suaminya yang terlalu panas baran.”Report polis dan doktor dah dibuat di HKL. Tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit. Sebab dihentak di kepala. Didera separuh mati. Cuma semua tak dapat record.

“Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari. Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik tapi suami panas baran yang melampau sangat. Silap sikit akan kena bantai.”Dia dan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap. Anak tu adalah anak yatim guys. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulis pemilik video itu.

Selain di aplikasi TikTok, video tersebut kini turut tular di laman Twitter. Rata-rata netizen menyelar sikap lelaki durjana itu dan berharap dia segera diseret ke muka pengadilan.

“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.”Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.”Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya. Sumber: Mstar