LELAKI INI ANCAM UNTUK BVNUH YDP AGONG. PDRM DGN PANTAS DAPAT JEJAK DAN TAHAN

Semalam (22 November), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan agar pemimpin tertinggi PH dan juga PN itu untuk menghadap pada jam 4.30 petang di Istana Negara.

Walau bagaimanapun, setelah selesai perjumpaan tersebut, masih belum ada kata putus yang diberikan tentang individu yang bakal menyandang jawatan PM-10.

Hari ini (23 November), pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dilaporkan memuat naik hantaran di IGS berunsur ancaman bu nuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Suspek menggunakan akaun Instagram untuk memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda dan kapsyen yang berunsur ancaman.

Tangkapan layar kandungan itu kini telah tersebar luas di media sosial dan orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Harian Metro melaporkan bahawa suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Sumber : HMETRO ONLINE via TheRakyatPost