Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Senyap je tahu2 kahwin dah..” Najwa Latif sah menjadi isteri kepada Ahli muzik

“Senyap je tahu2 kahwin dah..” Najwa Latif sah menjadi isteri kepada Ahli muzik

Selebriti dan penyanyi Najwa Latif mendedahkan dia telah sah menjadi isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dan menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi laman Instagramnya hari ini. “Alhamdulilah, kami dah grad!” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Serius lah dah kahwin? Susulan itu, rata-rata netizen terutamanya peminat meluahkan rasa terkejut apabila penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga memandangkan tiada khabar angin sebelum ini. Tahniah Najwa dan pasangan!
Bagaimanapun, meskipun ramai yang seakan tidak percaya selebriti tersebut telah membina mahligai bersama pasangan pilihannya, netizen tidak henti menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Malah, mereka turut mendoakan agar masjid yang telah terbina kekal hingga ke jannah dan mendoakan agar pasangan itu bahagia buat selamanya. Sekadar info, Najwa dan Akwa pernah bernyanyi bersama dalam sebuah lagu yang berjudul Tak Kisah Pun. Sumber ohmy media.

 

NAJWA LATIF sedang bercinta? Itu yang terlintas dalam benak fikiran ketika menyaksikan sebuah video TlkTok yang kandungannya seperti memberi bayangan hatinya sudah dimiliki. Dalam video tersebut, Najwa yang membahasakan dirinya sebagai Wawa membuat pendedahan sedang mengenal hati budi seseorang.

“Saya sedang mengenal hati budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya).“Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat,” katanya. Sejak penjelasan tersebut, ramai netizen mula membuat andaian bahawa Najwa sedang bercinta dengan rakan duetnya sebelum ini iaitu Akwa Ariffin.

Selain itu, video TikTok Akwa yang memaparkan Najwa dan tertulis kapsyen seperti tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Kosong itu menguatkan lagi khabar angin tersebut. Jika benar dakwaan netizen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Najwa. Nanti, kalau dah dekat hari akad, kongsilah ya. Jangan kahwin senyap-senyap pula.