“Tahniah Azzam Sham selamat bergelar bapa”, … Jantina dan berat bayi pula jadi perhatian..

PASANGAN penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada malam Ahad.

Sheryl, 23, melahirkan bayi perempuan seberat 2.89 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Berkongsi berita gembira itu, Azzam atau Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 25, meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka dipermudahkan.


(Gambar hiasan)

“Alhamdulilah, isteri telah selamat melahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pembedahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” katanya ringkas kepada mStar.

Azzam dapat menemani isteri di bilik bedah.

Azzam dapat menemani isteri di bilik bedah.

Berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak mereka, kata Azzam dia berpeluang berada di sisi Sheryl dalam bilik pembedahan.


Kata Azzam, dapat menyaksikan sendiri proses pembedahan membuatkan dia insaf selain tidak dapat membayar harga pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.

“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.

Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Pasangan ini mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama mereka pada Julai lalu ketika usia kandungan Sheryl memasuki lima bulan.