Bekas Suami Jasmin Hamid Masuk ICU. Jasmin Beritahu Keadaan Terkini Bekas Suami Dan Pohon Doa Orang Ramai

Bekas suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Ian Rashid kini sedang dirawat di hospital di ibu kota akibat serangan jantung.

Hal itu dimaklumkan oleh Jasmin menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.

“Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya, lan Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung..ada 6 saluran tersumbat.

“Saya dan suami pergi menziarah bekas suami saya di hospital.

“Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru.. beliau orang baik,” maklumnya.

Mengambil iktibar daripada keadaan diri sendiri, Jasmin berpesan kepada peminatnya agar sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal’afiat sebelum ni pula yang berada di ICU sebab kena serangan jantung.

“Ini semuanya adalah ketentuan Allah.

“Pergilah check doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh senyap.

“Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid,” ujarnya.

KOMEN NETIZEN:

Semoga dipermudahkan

Sumber : Jasmin Hamid IG via GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.