Berita Yang Ditunggu-Tunggu, Baru 3 Bulan Kahwin, Akhirnya Mas Idayu Carita Bab Hamil

Walaupun berpeluang untuk hamil, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu cuba untuk mengelak memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun.

Mas Idayu berkata, dia mengaku masih subur, namun enggan mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan kesihatannya.

“Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak. Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.

“Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk sakit.

“Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya,” katanya.

Menurut Mas Idayu, dia tidak pernah menolak rezeki Allah, namun jika perkara itu boleh dirancang dia sebolehnya enggan hamil.

“Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.

“Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah,” katanya.

Pada 16 September lalu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, yang mendapat tajaan majlis perkahwinan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta sekali gus digelar ‘wedding of the year’.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 tetapi bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.

‘Saya rasa seperti perkahwinan pertama’ – Mas Idayu

Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, berkata, dia amat tidak menyangka pada usianya sekarang, dia berpeluang menikmati kehidupan yang lebih-lebih bahagia daripada perkahwinan pertamanya dulu.

“Sebabnya, saya dapat rasakan yang ini (perkahwinan kedua) seperti saya tidak pernah merasakannya selama 15, 16 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa ‘pre-wedding ini dulu-dulu pun tak pernah ada, persandingan dulu pun tak pernah ada.

“Jadi, sekarang ini adalah saya rasa seperti perkahwinan pertama saya yang tak pernah berlaku setelah 15, 16 tahun yang lampau,” katanya ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan dan pelancaran produk penjagaan kulit Twenty semalam.

Mas Idayu yang mengumumkan tarikh pernikahannya bersama lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini, turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’ dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.

Ditanya juga mengenai destinasi bulan madu, penyanyi lagu Robek Hatiku ini memaklumkan dia dan bakal suami merancang percutian ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis perkahwinan itu selesai.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Sebelum ini, Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.

Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.