PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia manakala isterinya cedera parah setelah motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 16.7 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Subang, di sini, semalam.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan berhubung kejadian diterima oleh pihaknya sekitar pukul 10.52 pagi.

        

    

“Kereta berkenaan masuk semula ke laluan asal dan telah mengakibatkan motosikal hilang kawalan sehingga berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 38 tahun mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Penunggang (suami) motosikal terbabit disahkan meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan.

Sumber Kosmo