Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Suami Tk pernah suruh kami kemas rumah, tk pernah pksa masak..cuma satu ini je selalu tanya..” Che Ta dedah sikap suami sebenar

“Suami Tk pernah suruh kami kemas rumah, tk pernah pksa masak..cuma satu ini je selalu tanya..” Che Ta dedah sikap suami sebenar



Tanggal 11 Disember merupakan tarikh istimewa buat selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan dan suami yang juga pelakon iaitu Zain Saidin, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

Tidak Pernah Putus Asa Dengan Perkahwinan
Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menerusi hantaran di Instagram menceritakan dirinya yang pernah bergelar ibu tunggal selama 12 tahun, tidak pernah berputus asa dengan perkahwinan.

“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.”-Tulis Che Ta. “Tapi Satu Benda Dia Ulang-Ulang Tanya..”

Dalam pada itu, Che Ta turut berkongsi sikap suaminya yang tidak pernah memaksa bab mengemas rumah, memasak, mengawal pergerakannya. Namun, Zain Saidin sangat menitikberatkan soal agama dan sentiasa bertanya adakah Che Ta sudah menunaikan solat.

“Tak pernah suruh kami kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami. Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?.

 

Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama, Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha je. Ye lahh kita pulak fefeeling macam kahwin dengan mat salleh, tapi terus slowly tutup aurat.. Alhamdulillah.” Kongsi Che Ta.

Sekadar info, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin pada Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Sumber : Murai.