“Jaga sikit hati Isteri pertama..” BELUM SEHARI PUTERI SARAH KE TANAH SUCI,, TINDAKAN IRA KAZAR INI BUAT RAMAI MARAH..

Perkongsian foto pelakon Puteri Sarah Liyana bersama dua anakya tanpa kelibat suaminya, Syamsul Yusof ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah semalam telah menimbulkan tanda tanya.

Rata- rata sayu melihat ibu dan anak-anakya Syaikul, 6, dan summayah, 4, sahaja kelihatan tanpa ditemani suami atau ayah yang sepatutnya menjadi pelindung mereka.

Foto berkenaan bukan sahaja telah mendapat perhatian netizen, malah mereka sendiri mencari jawapan dengan mengejangah ke laman sosial isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar.

Mereka berseloroh mendakwa Syamsul sibuk membakar marshmellow bersama isteri keduanya malam sebelum Puteri Sarah berangkat ke tanah suci Makkah.

Menerusi perkongsian Ira Kazar di Instagram (IG) Story miliknya menunjukkan video dua batang marshmellow sedang dibakar.

“Ira ni psvcho kan? Puteri Sarah update fasal nak pergi umrah tapi dia macam nak bagitahu Syamsul tengah best berdua bakar marshmellow,” kata salah seorang netizen.

Bagaimanapun Puteri Sarah dan anak-anak dilihat telah diringi ahli keluarganya di lapangan terbang sebelum berangkat menunaikan umrah.
Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah meniadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada 18 Januari lalu.