Susulan pengakuan Syamsul Yusof berkahwin Ira Kazar, tular apabila seorang wanita merupakan seorang model menawarkan diri menjadi isteri ketiga pengarah itu.

Wanita itu menyatakan hasrat tersebut berikutan geram dengan Ira sedangkan mengetahui pengarah tersebut sudah mempunyai isteri dan anak.



Video dimuat naik wanita itu mendaapt perhatian Puteri Sarah yang bersetuju untuk wanita itu menjadi isteri ketiga suaminya.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, wanita itu teruja apabila Puteri Sarah memberikan persetujuan serta mengatakan baru Ira tahu bagaimana rasanya suami dirampas.


Replying to @puterisarahliyana @Puteri Sarah liyana be strong kak kami wanita malaysia bersama akak??



“Hari ini ada berita gembira kepda seluruh rakyat Malaysia iaitu Puteri Sarah isteri kepada Syamsul Yusof memberi ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

“Kepada yang lain mencalonkan diri untuk menjadi isteri ketiga, sila berundur kerana anda tidak ‘green light’ okay. Jadi saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai penyondol.

“Yang penting biarlah ira tu tahu macam mana rasanya bila suami kena rampas. Barulah keluarga dia tahu, ini masalah kecil atau besar,” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia bukannya serius untuk menjadi isteri ketiga Syamsul sebaliknya hanya melepaskan kemarahannya serta kasihan dengan Puteri Sarah berdepan ujian tersebut.

“Saya mahu cakap sebenarnya tidak betul-betul. Saya hanya melepaskan kemarahan saya saja. Kesian Puteri Sarah dah la ada dua anak, lepastu empat tahun kot.

“Kepada penyondol di luar sana, sebelum kau layan suami orang, tolong lah berfikir dulu ya. Hanya nasihat. Kepada Puteri Sarah, semoga terus kuat. Sayangi diri awak,” katanya.