"Sebenarnye Boleh je nikah dekat sini..."- Syamsul dedah macam mana boleh nikah di seberang. Rupanya berkait dengan isteri pertama
‘Boleh je nikah dekat sini..’ Syamsul dedah macam mana boleh nikah di seberang. Rupanya berkait dengan isteri pertama
- PENGARAH Syamsul Yusof mengambil keputusan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand adalah kerana sukar untuk meyakinkan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana.
Menurut Syamsul, 39, proses pernikahan itu tidak mudah dilakukan di Malaysia kerana dia perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama terlebih dahulu. “Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri iaitu Kazar Saisi.
“Bagaimanapun, proses negara kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Menyedari keputusan yang dibuat olehnya bakal mendapat tentangan ramai, pengarah filem Mat Kilau ini bagaimanapun percaya masyarakat akan dapat menerima tindakannya itu apabila tiba masanya.
Justeru itu, Syamsul tidak kisah sekiranya dia menerima kritikan atau kecaman masyarakat dan bersedia bertanggungjawab di atas tindakannya itu. “Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.
“Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. “Cuma saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya,” jelasnya.
Proses negara kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka. Syamsul.
Mengakui keputusannya mengahwini Ira telah melukakan hati kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, Syamsul berkata dia tetap bersabar menanti restu orang tuanya itu.
Ini kerana Syamsul sedar restu ibu bapa sangat diperlukan dalam mencari keredaan hidup di dunia dan akhirat. “Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.
“Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. InsyaAllah,” katanya. Terdahulu, Syamsul mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.
Kenyataannya itu dibalas oleh Sarah yang memohon untuk Syamsul berhenti mencipta drama dan jangan memutar belit cerita seolah-olah dia menjadi mangsa keadaan.
Sumber : Mstar
VIRAL
‘Kahwin Dengan Ira Kazar sbb ini..’ Ramai rasa AIasan syamsul tk masuk Akal
Sehingga hari ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana masih saling bergaduhan di media sosial dan nampak gayanya belum ada titik noktah.
Susulan permintaan Puteri Sarah untuk bercerai di Instagram (IG) miliknya semalam, Syamsul mengakui kesilapannya dan ingin berbincang tanpa melibatkan orang luar.
Hentikan Puteri Sarah. Okay saya salah, atau awak tak salah… Kita balik bincang di rumah. Apa saja isu, lebih baik bincang di rumah saja. Saya tak sempurna. Saya cuba untuk perbaiki.
Pelakon berumur 38 tahun menegaskan kehidupan rumah tangganya hanya dirinya, isteri pertama dan Allah SWT sahaja yang tahu. Katanya, dia enggan mendengar cakap daripada orang luar sebaliknya hanya menuruti suruhan Allah SWT.
Dulu saya selalu dengar nasihat mengenai jangan campur urusan rumah tangga orang. Baru sekarang saya faham kenapa. Ini urusan rumah tangga yang kamu semua tak tahu.
Ada ustaz kata begini, ada individu yang kata begitu. Namun, saya tak nak dengar pun cakap orang itu ini kerana yang tahu mengenai rumah tangga saya hanya saya, Puteri Sarah dan Allah.
Saya perlu ikut apa yang Allah cakap. Nak kata saya munafik, terpulanglah. Saya tak cakap saya sempurna. Tak mengapalah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka, sampai bila kita hendak terus bergaduh dan mengaib-aibkan. Ikut hukum Allah.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata keputusan untuk berkahwin dengan Ira Kazar dibuat bagi mengelakkan maksiat di samping menuruti perintah Allah SWT.
Saya hanya nak dengar apa yang Allah suruh. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan maksiat. Itulah yang saya buat. Biarpun macam-macam saya dilabel, ada yang kata saya munafik, bapa syaitan dan sebagainya.
Rasanya masyarakat lebih rela tengok kita buat maksiat daripada ikut hukum Allah. Renung-renungkan. Doakan yang terbaik. Cukup-cukuplah. Kalau nak kutuk sekali pun, hinalah saya.
Saya yang buat keputusan nak berkahwin. Saya ikut hukum, bukan ikut apa yang makcik-makcik luar katakan. Saya yang bertanggungjawab atas semua.
Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber : ohbulan
VIRAL
‘Saya sgt setuju walaupun saya kaum wanita’ Tiba2 Mizznin pula terpalit, Ini netlzen perasan
Umum ketahui mengenai kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang mnjadi topik hangat dalam kalangan netizen di media sosial pada ketika ini.
Mana tidaknya, selepas empat tahun Puteri Sarah ‘menyimpan rasa’, akhirnya suaminya itu telah mengakui sudah bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand sudah cukup meremukkan hatinya sebagai seorang isteri.
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Kamarul Afiq memaklumkan di laman Facebooknya, dia memaklumkan Mizz Nina menjadi salah satu contoh selebriti terbaik dalam menguruskan masalah rumah tangga.
Ujarnya, selebriti tersebut tidak pernah menceritakan perihal rumah tangganya kepada umum di media sosial malah, tidak pernah menaibkan bekas suaminya selepas berpisah.
“Mizz Nina adalah contoh selebriti terbaik dalam menguruskan masalah rumahtangga. Tidak pernah sekelumit pun menceritakan masalah rumahtangga di media sosial semasa rumahtangganya retak. Dan tidak pernah secebis pun mengaibkan bekas suami setelah berpisah,” ujarnya.
Tak perlu bandingkan, isu yang berbeza antara Mizz Nina dan Puteri Balqis
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila lelaki terbabit berani dalam membandingkan kedua-dua selebriti tersebut walhal, isu yang dihadapi oleh mereka adalah jauh berbeza.
Tegas netizen, sebagai orang luar, lelaki tersebut tidak sepatutnya masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh seseorang kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Ada yang menyokong. Pun begitu, disebalik kecaman yang dilemparkan, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut dan sebagai netizen, lebih baik mendoakan urusan pasangan selebriti yang mengalami kemelut ketika ini dipermudahkan.
Selepas 11 tahun bergelar suami isteri, pasangan selebriti popular, Noh Hujan dan Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan akhirnya berakhir dengan perceraian. Khabar duka tersebut dikongsi oleh Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh dalam satu hantaran Instagram hari ini.
Menurut vokalis kumpulan Hujan itu, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. “Setelah berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Menurutnya, dia dan Nina telah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi momen indah, jatuh dan bangun bersama. “Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama. “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya lagi.
Sumber : Oh my media
VIRAL
‘Syukur Mereke memahami..’ Reaksi Syamsul slepas jumpa keluarga mertua baru buat ramai tk sangka
Saat ini, Syamsul Yusof hanya mampu bersabar terhadap segala cacian yang diterima sejak tampil berani mengumumkan pernikahan dengan Ira Kazar Di Thailand. Yang berlalu biarkan berlalu, kini pengarah terkenal tersebut sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.
Biarlah sampai ke bulan sekalipun, ia tiada makna kalau tiada restu Mama. Dalam temubual ekslusif bersama portal Harian Metro, pelakon filem ‘KL Gangster’ akui sedia maklum mengenai kekecewaan Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Katanya walau perlu menunggu lama sekalipun, dia sanggup setia menantikan restu daripada ibu ayahnya satu hari nanti.
Yang paling penting ialah mama saya. Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun is tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.
Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui. Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.
Kalau nak benci, benci saya je…Jangan katakan benda tak manis pada isteri, anak, mama & ayah.
Selain itu, Syamsul turut akui perjuangannya untuk mendapat keizinan Puteri Sarah bukanlah perkara mudah sebalum mereka memilih untuk nikah di Thailand. Biar apa saja cacian orang luar, artis berusia 38 tahun ini sedia menerimanya 100% asalkan ia tidak dilemparkan kepada 2 isteri serta 2 anaknya.
Bagaimanapun, proses kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka.
Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.
Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.
Saya juga ada dua anak menerusi perkahwinan pertama iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Saya pinta ‘bantailah’ saya sebanyak mana pun, tetapi saya sentiasa akan berusaha untuk mempertahankan anak-anak saya juga.
Saya tahu dan saya sedar dengan pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya pinta satu saja. Segala amarah itu tujukan kepada saya saja. Kalau nak salahkan, salahkanlah saya. Kalau nak dibenci, bencilah saya. Janganlah dikatakan apa-apa yang tak manis terhadap isteri-isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Jangan dikata apa-apa yang tidak manis terhadap mama dan ayah saya. Janganlah kaitkan anak-anak saya dalam perkara ini. Mereka sudah makin dewasa dan mereka juga tahu membaca.
Sumber : erinsakura