Wawa Zainal rasa macam hilang nyawa, badan menggigil susah bernafas… “Taubat tak nak minum dah”

PELAKON Wawa Zainal berdepan detik cemas apabila jantungnya dengan tiba-tiba berdegup laju selepas menikmati secawan minuman berkafein.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia juga mengalami masalah sukar bernafas dan tidak boleh berdiri serta menggigil seluruh badan.

“Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.

Wawa Zainal janji tak nak minum kopi lagi.

“Saya cuba berdiri, kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat,” katanya.

Wawa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Selepas insiden itu, Wawa berkata dia mengambil masa selama dua jam untuk pulih sambil ditenangkan suaminya iaitu Aeril Zafrel.

Malah Wawa juga memberitahu tidak sanggup berdepan dengan kejadian mencemaskan itu lagi.

“Aeril cuba tenangkan saya mungkin sebab anxiety dan ajar macam mana nak kawal. Dua jam juga saya berperang dengan perasaan yang pertama kali saya alami. Jangan datang balik ya, Allah tak sanggup,” katanya lagi.

Disebabkan kejadian itu, dia mengambil keputusan membuang semua stok kopi yang ada memandangkan sebelum ini dia juga sering berasa tidak sedap badan kerana gastik dan sebu.

Suami cuba tenangkan Wawa saat berdepan dengan serangan panik.

Dalam perkongsian yang lain, Wawa turut berkongsi kesan mengambil terlalu banyak minuman berkafein.

“Boleh kena serangan panik eh? Taubat tak nak dah minum,” ujarnya.

Antara komen netizen,

Yup. Overdose caffeine boleh menyebabkan gastric kemudian gerd. Lepas tu panic attack. Antara penyebabnya..

Petua: Jangan minum teh sebelum datang haid,perempuan mesti tahu tanda tanda nak datang tu,perut kembung rasa nyeri di bahagian ari ari atau sakit pinggang.Seminggu sebelum datang dah ada rasa tak sedap badan.Selepas tu pun tak boleh seeloknya minum air halia atau halba.

Saya tebalik. Takda kopi jiwa raga saya bergegar.. tapi Nescafe saya mmg taknak sentuh.. kuat bena cafein dlm kopi tu. Boleh buat mabuk n pening.

 

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih