Rupanya Watie Baru Setahun Berhijab, Ini Kata Kata Shuib Kepada Watie Ketika Sambut Ulangtahun Pertama Berhijab

Selepas bersikap terbuka berkongsi hubungan istimewa dengan Watie Hanifiah, pelawak Shuib dilihat berani meninggalkan komen mengucapkan selamat ulang tahun kepada kekasihnya, semalam (8 Februari).

Menerusi hantaran di Instagram (IG), penyampai radio berumur 38 tahun itu menulis, ‘Selamat ulang tahun beserta emoji malu.’

Semestinya kata ringkas itu ‘diserbu’ oleh warganet yang suka mengusik pasangan sejoli ini.

Jangan tunggu lama-lama abang.

Cepat masuk meminang dia. Lawa sangat. Semoga berjodoh. Amin.

Lulus dah. Semoga jodoh keduanya kuat hingga akhir hayat.

Momen-momen membahagiakan

Watie yang merupakan ahli perniagaan memuat naik rakaman video sedang ketawa ketika menyambut hari kelahirannya.

Dalam kapsyen yang ditulis, Watie bersyukur dengan perkara-perkara yang membahagiakan dirinya.

Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab.

Bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia (berserta emoji cinta). Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh, tertinggal lagi satu, bertambah gemoi (gemuk).

Difahamkan, Watie menyambut hari istimewanya dengan Shuib dan anak-anak iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq Matin di sebuah restoran yang berlatarbelakangkan Suria KLCC.

Baru setahun berhijab ini kata kata Shuib

Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life

Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun,walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yg dah tak boleh di pakai

Sedar masih bnyk kekurangn diri.. Sedar masih bnyk yg perlu diperbaiki…. Sedar masih byk yg perlu ditutupi…

But small step are better than none.. Slowly but surely..Insha Allah

Shuib mengucap tahniah atas perubahan Watie.

“Semoga terus Istiqamah,Tahniah pergi sejauh ini,Semoga terus manis berhijab” – Shuib

Sebelum ini, Shuib mendedahkan percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.

Terdahulu, sejak kema tian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.

Antara nama yang sering disebut ialah Wan Sharmila dan Zara Zya. Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 12, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
video

Sumber: Instagram via Oh Bulan