Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Papa hadiahkan mama..” Zarina Anjoulie hadiahkan rumah, Bkan Biasa2 rumah Anju dapat

“Papa hadiahkan mama..” Zarina Anjoulie hadiahkan rumah, Bkan Biasa2 rumah Anju dapat



Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai apabila dia berani berkongsi momen bahagia bersama teman lelaki baharunya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Terbaharu, hantaran yang dikongsikan oleh lelaki tersebut di laman TkTok miliknya menarik perhatian warganet apabila dia membeli sebuah rumah khas untuk Anju, anak lelaki aktres tersebut iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra serta anak perempuannya, Julia Sharapova.

Menerusi hantaran Story di TkTok milik DS Elzey, dilihat dirinya menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan elit berserta kapsyen yang menarik perhatian.

“Papa hadiahkan untuk Mama, Martin dan Poya. Syukur nikmat Allah. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga. I love you mama,”tulisnya.

Baru dapat kunci rumah. Dalam pada itu, Elzey memaklumkan dia sudah mengambil kunci rumah berkenaan dan ia bakal diserahkan kepada Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul.

“Baru dapat kunci rumah dan Anju dapat hadiah rumah,”ujarnya di ruangan komen.

Sebelum ini, aktres berusia 35 tahun itu memuat naik kenyataan supaya menggesa netizen untuk tidak menganggu kehidupannya bersama teman lelaki kerana dia juga berhak bahagia seperti orang lain.

Malah, Anju turut mempersoalkan sama ada dia tidak layak untuk rasa bahagia atau tidak berikutan kisah silam yang berlaku sebelum ini.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

Sumber : ohmymedia

CONTINUE READING

VIRAL

Duda anak satu redha bakal isteri ‘larikan diri’ saat akhir, Majlis kahwin bertukar

Published

  

on

 

By

 

Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan terpaksa bertukar menjadi doa selamat selepas bakal isteri bertindak ‘melarikan diri’ pada saat akhir.

Menurut laporan mStar Online, pemuda yang mahu dikenali sebagai Nidzam berkata, dia reda atas ketentuan Allah SWT apabila hasratnya untuk berkahwin buat kali kedua tidak kesampaian.

“Kami tidak bernikah kerana dia sudah memaklumkan lebih awal untuk menarik diri… cuma katering yang ditempah tidak dapat dibatalkan.

“Kos majlis lebih kurang dalam RM20,000 kerana majlis kampung, jadi hari bahagia bertukar majlis doa selamat,” katanya.

Difahamkan, bakal isterinya tidak dapat menerima anak perempuan tunggal dimiliki pemuda berusia 28 tahun itu yang merupakan cahaya mata daripada perkahwinan pertama tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, pemuda berasal dari Kuching, Sarawak mengakui tidak serik bagi mencari cinta sejati dan sentiasa membuka hati kepada wanita yang dapat menerima statusnya sebagai bapa tunggal.

Terdahulu, kisah Nidzam menjadi tular di aplikasi TkTok selepas dimuat naik dalam tempoh beberapa jam sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Video Player
00:00
01:04

Lebih mengecewakan apabila semua persiapan untuk majlis pernikahan telah dilakukan sebelum akur dengan situasi ‘pelamin anganku musnah’.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa pemuda tersebut selain berharap dia bersabar serta reda dengan dugaan dihadapi. Allah dah tentukan.

“bersabar banyak..Ada lah hikmah kelebihanya..”

Sumber : ohmymedia