Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Tahniahhh...Pelakon Julia Farhana selamat bernikah dengan Doktor juga bekas kepada suami seorang pelakon popular...",-

Tahniah, Pelakon Julia Farhana selamat bernikah dengan Doktor juga bekas kepada suami seorang pelakon popular



Pelakon Julia Farhana Marin sah bergelar isteri kepada seorang doktor dan juga bekas isteri pelakon wanita, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Memilih tarikh cantik iaitu 14.12.22, pasangan tersebut telah selamat diijab qabul pada hari ini dalam suasana yang cukup tenang.

Menerusi perkongsian di Instagram Julia Farhana, Julia dan Dr Hafiz dilihat segak mengenakan busana berwarna putih dan masing-masing sangat padan seperti pinang dibelah dua.

 


Pelakon Julia Farhana Marin selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.

Julia dan Che Hafiz mendedahkan berita gembira terbabit menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum buat semua. Alhamdulillah sesi akad nikah (ijab kabul) saya dan juga isteri Julia Farhana telah selesai dan berjalan dengan lancar,” tulis Che Hafiz.

Pasangan itu juga memohon maaf kerana tidak menjemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

“Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan atas sebab sesi akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke Jannah,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Che Hafiz dan Julia baru sahaja pulang berbulan madu di beberapa lokasi.

“Alhamdulillah, selepas selepas majlis pernikahan, kami terus berangkat untuk berbulan madu di beberapa tempat dalam negara Indonesia. Kami baru sahaja pulang hari ini.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Jika ada rezeki menimang anak, kami menerima dengan hati terbuka.

“Saya mohon doa orang ramai agar bahtera rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang sentiasa diberkati, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

VIRAL

Sebulan Habis Idah Jodoh hadir, Ibu Tunggal Anak Satu Pilihan Hati Abang Tentera. Tldak tunggu lama terus langsung


Published

  

on

 

By

 

Bagaikan pelangi selepas hujan. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan kehidupan yang dilalui seorang wanita ini yang kembali bahagia selepas sah bercerai dengan bekas suaminya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Nadd menceritakan kembali perjalanan kisah percintaan bersama suaminya. Menurut Nadd, dia telah bercerai dan sebulan selepas tempoh idah tamat, seorang lelaki yang kini merupakan suaminya mula menegurnya di Direct Message (DM) di TkTok. Sejak daripada itu, mereka mula berkenalan.

Masa ni tak tahu pun dia kerja dekat Penang. Lepas tu planning lah jumpa dah alang-alang dekat Penang. Dah balik KL, mula lah buat life masing-masing. Lepas tu hantar gambar-gambar dekat kita pula. Tak sampai sebulan kena, dia keluar kereta pula. Rezeki awak.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut yang bekerja sebagai anggota tentera telah dihantar untuk menjalani kursus di Kuala Lumpur. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berdua sukar berjumpa.

Tak apa, dia tak boleh keluar kita yang pergi tengok dia. Tapi pergi ambil kunci kereta dia je. Dia minta maaf sebab tak boleh celebrate hari jadi. Sempat lagi beli hadiah hari jadi, nak pujuk lah tu.

Enam bulan kemudian iaitu selepas tamatnya kursus, lelaki tersebut membawa Nadd berjumpa dengan keluarganya di Perak. Nadd akui sangat gementar lebih-lebih lagi apabila memikirkan bagaimana penerimaan keluarga lelaki itu memandangkan dirinya hanyalah seorang ibu tunggal.

And yes, saya tahu tak semua family boleh terima kita. Lagi-lagi yang single mom, then anak dia pula bujang. Then sampai-sampai Alhamdulillah layan diorang baik sangat. Syukur sangat dapat bakal mertua yang baik. Dapat bakal mertua yang baik pun satu rezeki juga.

Kitaorang tak tunang pun, terus kahwin. Ramai cakap tak takut ke terus kahwin, mana tahu laki tu baran nanti kaki pukul. Alhamdulillah sejak kahwin tak ada pun dia naik tangan.
Tambah Nadd lagi, keluarga suaminya sangat baik kerana dapat menerima kehadirannya dan anak, Qael. Dalam kesempatan itu, Nadd meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya.

Sumber : ohbulan

CONTINUE READING

VIRAL

Datuk Nora teruja usia 49tahun D0ktor cakap boleh tambah anak, Sekali Reaksi anak pula jadi perhatian

Published

  

on

 

By

 

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat bagi menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 49 tahun itu berkata, ini kerana dia gembira dengan kehidupan yang dimiliki dengan kehadiran anak-anak dan cucu.

 

“Doktor kata boleh tambah lagi… Putri (anaknya) kata, No no! Tak nak.

“Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.

Bakal memasuki fasa 50-an, penyanyi lagu Hanya Satu itu memilih untuk fokus terhadap amal ibadah selain menjalani kehidupan bersama suami tercinta.

“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan & support suami itu lebih baik,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.

Sebelum itu, dia berkahwin dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak namun arwah suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019 pula, Nora sekali lagi diduga apabila anak keduanya Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia secara mengejut.

Sumber : ohmymedia

CONTINUE READING

VIRAL

Hvtang tk bayar, Hana Hairan b0ngkar Watie Elite Hidup Mewah

Published

  

on

 

By

 

Kemelut antara bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan dan juga penyanyi Watie Sadali nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini.

Sebelum ini Watie diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang untuk membayar RM2,500 sebulan kepada Hana berikutan isu hutang bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendedahkan bahawa Watie tidak pernah membayar wang tuntutan malah tidak pernah bertemu dengannya bagi mencari jalan tengah sekiranya dia menghadapi kesusahan untuk melunaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah.

Setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit, bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran.

Hana juga meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Watie kini hidup mewah dan berjaya dalam perniagaan yang diusahakan dan hairan mengapa aktres tersebut enggan membayar hutang.

Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TkTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.

Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang lenang.

Selain itu, Hana juga memaklumkan bahawa kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi, pelakon itu akan berdepan hukuman penjara.

Sumber : beautifulnara