Isteri pertama jurulatih bola sepak madu bergad0h di restoran? Ini pengesahan ketua p0Iis shahAlam

Bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an dan kini jurulatih, yang menjadi tumpuan selepas berkahwin kali kedua, sekali lagi terpalit dalam kontroversi kerana pergaduhan didakwa membabitkan dua isterinya, semalam.

Difahamkan, isteri pertama dan madunya itu didakwa bergaduh di sebuah restoran di sini, dikatakan kerana perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lokasi pergaduhan berkenaan di sebuah restoran di sini.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Terdahulu, Adik kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat, akhirnya mengaku sudah berkahwin dengan jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan. Tahniah.

Tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu, pemilik nama Nur Shafina Jebat memohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Alhamdulillah, saya telahpun bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang telah memberi komen yang bagus. Saya harap anda doakan saya, family dan perjuangan kami di dalam famili duo. Ketika ditemui di sidang media Famili Duo, Fyna berkata dia tidak boleh bercerita banyak mengenai hal tersebut.

Maaf, saya tak boleh cerita hanya itu sahaja yang boleh saya kongsi. Saya mohon maaf. Sementara itu, Ayda berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk perkahwinan adiknya.

Rasanya tak ada apa yang perlu diceritakan lagi. Saya berbangga apabila adik saya dapat mendedahkan perkara ini kepada semua orang. Terima kasih atas semua doa. Fokus kami sekarang adalah Famili Duo.

Sumber : Berita Harian dan ohbulan