Shuib bkal tamankan zaman duda? tk sangka ramai dah cakp macam2 tentang watie

Penyampai radio dan usahawan, Shuib meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang cepat sangat menilai sikap dan perwatakan Watie Hanifiah, wanita yang kini dikaitkan dengan dirinya.

Memetik laporan Gempak, Shuib berkata, ada juga segelintir netizen yang kurang senang jika dia mahu berkahwin dengan Watie. Sampaikan ada netizen kata Watie akan jadi ibu tiri yang garang. “Belum tahu macam mana pun dah cakap macam-macam”.

Ujar anggota kumpulan Sepahtu ini lagi, mungkin netizen mengambil berat dan mahu yang terbaik buat dirinya namun katanya, dia lebih mengenali Watie.

Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia… belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam.. boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

Shuib juga mengaku rimas dan terasa hati kerana selalu terima pertanyaan mengenai pengganti isterinya, Allahyarham Siti Sarah di mana pertanyaan tu membuatkan dia berasa sedih.

Terdahulu, “Kenapa orang tak suka dekat Aunty? (Watie) Apa yang salah dia?” kata pelawak dan penyampai radio, Shuib mengenai persoalan yang diajukan anak-anaknya mengenai wanita yang sedang dikenali, Watie Hanifiah.

Menjawab mengenai penerimaan anak-anak terhadap wanita itu, Shuib berkata, mereka selesa dengan kehadiran Watie. “Mereka sudah lama mengetahui mengenai Watie, namun mengunci mulut mengenai perkara ini. Apabila diketahui umum, mereka mengusik saya berhubung perkara itu.

“Semestinya kalau saya hendak berkawan dengan seseorang, pasti saya meminta pandangan daripada ibu. Penting untuk ibu selesa dan merestui sesuatu perhubungan.

“Saya paling takut kalau membelakangkan keluarga kerana apa perkara pun pasti dibincangkan dengan mereka. Kadang kala mereka sensitif untuk bertanya,” katanya.

Hubbungan Shuib hangat kembali apabila kelibat Watie muncul dalam gambar di sebuah restoran ketika makan malam bersama anak-anaknya. Dalam pada itu, Shuib turut menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac tahun hadapan.

“Selebihnya kita kena berserah termasuk juga soal jodoh ini saya serahkan kepada Allah. Cuma kadang-kadang bila perkara itu tak betul saya kena cakap (perkara sebenar).

Sumber : gempak