Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya Tapi....",-Kasih ibu, Datin Patimah sedia maafkan Syamsul Yusof bukan keluarga Ira Kazar“

Kasih ibu, Datin Patimah sedia maafkan Syamsul Yusof bukan keluarga Ira Kazar



Ibu kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memberitahu dia sedia memaafkan anaknya atas segala keterlanjuran perbuatannya itu sehingga mengguriskan hati mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, dia mungkin tidak dapat memaafkan keluarga isteri kedua anaknya iaitu Ira Kazar kerana tergamak meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya.

“Namun, saya tidak akan memaafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!”katanya.

Patimah yang juga isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata demikian menerusi balasan mesej di WhatsApp kepada wartawan Harian Metro.

Reda Syamsul sebelahkan keluarga isteri kedua

Sementara itu, Patimah reda apabila Syamsul lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya, Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi berbanding isteri pertama, Puteri Sarah Liana.

Katanya lagi, kali terakhir Syamsul menelefonnya adalah pada awal bulan lalu bagi memaklumkan khabar pernikahannya dengan Ira.

“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar!

“Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.

Salah ke saya nak luahkan rasa geram?

Disoal mengenai hantaran yang dibuat di Insta Story baru-baru ini, Patimah berkata dia hanya menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

Terdahulu, pengumuman pengarah berusia 39 tahun pada 6 Januari lalu dengan mengatakan dia dan Ira sudah bernikah menjadi bualan ramai. Bukan itu sahaja, ia turut mengecewakan keluarga ibu bapa Syamsul Yusof.

Sumber: OhMyMedia | Harian Metro (Georgie Joseph)

CLICK TO COMMENT

ISU SEMASA

Tular Azimah Rahim Bawa Anak OKU Bekerja, Ustaz Ebit Lew Terus Hadiahkan Kereta!

Published

  

on

 

By

 

Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.

“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.

“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.

“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.

Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.

“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.

“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.

Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.

“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.

“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.

Sumber : Ebit Lew

CONTINUE READING

ISU SEMASA

Gadis mavt digil1s lori sehari selepas melangsungkan pertunangan

Published

  

on

 

By

 

Berlaku di MACHANG Seorang pembantu kedai mavt digilis sebuah treler selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya bergesel dengan kenderaan berat itu di Kilometer 6.1, Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Sungai Mas di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Wan Asmat Wan Mat, 31, yang merupakan pembonceng motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat keced3raan parah pada bahagian kepala dan seluruh badan.

Ketua P0lis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, kemalangan itu turut menc3derakan bahagian tangan kanan penunggang motosikal yang berusia 24 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa bersama rakannya sedang menaiki motosikal dan keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri jalan itu.

“Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki kedua-dua wanita itu dipercayai bergesel dengan sebuah treler tanpa muatan yang sedang dalam perjalanan dari arah Labok menghala ke Pasir Puteh.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dig1lis treler tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Ganti, m4ngsa disahkan mninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Machang di sini untuk dib3dah s1asat.

Katanya, rakan m4ngsa yang mengalami kec3d3raan turut dirawat di hospital sama.

Kes dis1asat mengikut S3ksyen 41 (1) Akt4 Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : KosmoOnline

CONTINUE READING

ISU SEMASA

Da’i Syed buat tutorial hijab pada isteri, tapi wajah Hana pula tak puas hati

Published

  

on

 

By

 

Tindakan pendakwah selebriti, Da’i Syed membuat tutorial hijab pada isterinya Hana Ismail mencuri tumpuan orang ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu video dimuat naik, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful cuba menunjukkan bakat dengan menghasilkan stail hijab yang digayakan oleh isterinya.

Tutorial hijab dipakai Hana? Takde masalah!

Rakaman berdurasi 27 saat itu memaparkan Hana yang juga pengacara stesen televisyen AlHijrah ‘menadah’ wajah untuk suaminya bagi melakukan lilitan menggunakan selendang miliknya.

Bagaimanapun, selepas selesai sesi tutorial berkenaan, pengacara berusia 37 tahun itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan stail dihasilkan suaminya berdasarkan ekspresi wajah ditunjukkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan itu selain menyifatkan Hana hanya mampu reda melayan kerenah suaminya.

Suami pun suka menyakat

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

video

Video Player
00:00
00:27

Sumber : Ohmymedia