Ini Komen Diana Danielle Tentang Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Ceraikan Dia Kerana Tidak Mahu Bermadu

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Dan kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.”

Demikian ulas pelakon Diana Danielle mengenai keputusan rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana mengenai tindakan yang diambil pelakon itu untuk menfailkan perceraian.

Enggan berpihak kepada sesiapa, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menyuarakan pendapat peribadinya berhubung isu berkenaan.

Biodata Artis Diana Danielle — MYKMU.NET

“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu berkenaan, namun sebagai wanita semestinya kita memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini.

“Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh menjangka pengakhiran kita dalam apa jua keadaan. Kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan Puteri Sarah juga sudah melakukan sebaik mungkin buat keluarganya.

“Jadi kita hanya menyokong apa saja tindakan yang diambil. Apa saja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” kata Diana.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

sarah2 - 1

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Terdahulu, nama pelakon dan penyanyi Diana menjadi sebutan ramai gara-gara pendedahan berani mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas teman lelakinya menerusi program Studio Sembang di YouTube.

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 31, berkata, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal itu menjadi isu besar.

Malah, Diana menegaskan bukan niatnya mencari gaduh atau mengungkit kisah lalu sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan kesedaran tentang kesihatan mental.

Sumber : HMETRO ONLINE