Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

” wanita istimewa🤭kami kenal sejak enam bulan lalu..” – Setahun menduda, Akhirnya Fizi Ali kongsi khabar gembira.

” wanita istimewa….kami kenal sejak enam bulan lalu..” – Setahun menduda, Akhirnya Fizi Ali kongsi khabar gembira.
SETAHUN selepas bercerai, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali sedang melalui fasa bahagia apabila sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 29 tahun sejak enam bulan lalu.
Enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, bagaimanapun berkata, sekiranya ada sesiapa ternampak dia bersama seorang perempuan itu adalah kekasihnya.
“Sekarang ini dalam proses perkenalan serius. Boleh kata dia adalah wanita istimewa.
“Dia ada pernigaan sendiri dan kami kenal sejak enam bulan lalu bermula dari sekadar kawan-kawan sahaja. Kalau ada yang nampak kami keluar berdua itulah orangnya,” kata Fizi kepada mStar.
Fizi berterus terang mengenai perkara itu selepas berkongsi wajah teman wanitanya itu di Instagram miliknya.
Bercakap tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Fizi bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada jodoh.
“Lelaki dan wanita perlukan pasangan dalam hidup. Bukan hanya keluarga dan orang keliling, kena ada seseorang untuk kongsi perasaan” ujarnya.
Dalam masa sama Fizi sudah mengingatkan tentang cabaran berkasih dengan seorang selebriti sepertinya kerana pasti akan ada yang beranggapan negatif.
Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan bercerai Disember 2021.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan Nur Ameena Sofia, 3 tahun.
Sumber:mstar