“Ketika ini masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga...",-
Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Ira Kazar
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata dia belum bersedia untuk membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah untuk berjumpa isteri keduanya, Ira Kazar.
Memetik Astro Awani, Syamsul berkata bukan masa yang sesuai untuk pertemukan anak-anaknya dengan Ira apatah lagi dengan situasi berlaku antaranya dengan Puteri Sarah.
“Ketika ini masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga. Dengan keadaan sekarang ini saya perlu jaga sensitiviti.
“Saya perlu betulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) ni dulu, rasa macam tak manis pula, kan,” katanya.
Sementara itu, Syamsul berkata dia tidak mahu menipu kedua-dua anaknya serta tiada masalah untuk perkenalkan Ira sebagai isteri keduanya.
Dalam pada itu, Syamsul memaklmkan dia tidak dihalang oleh Puteri Sarah untuk bertemu anak-anak mereka dan boleh berjumpa bila-bila masa sahaja.
“Alhamdulillah, apabila bercerita pasal anak saya dengan Puteri Sarah tak ada masalah. Saya nak berjumpa dia tak halang dan kerjasama memang okey.
“Cuma mula-mula tu pernah ada sekejap (dihalang), tetapi masa tu mungkin dia tengah dalam keadaan emosi,” katanya.
sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: