"Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk langkah seterusnya...”,-
Anak trpaksa dapatkn rawatan pakar, Ini keadaan terkini Anak perempuan Shuhada
Di Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi keadaan terkini anak perempuannya, Humairah yang terpaksa menjalani rawatan psikiatri kanak-kanak.
Doakan Humairah ye semua. Humairah tengah cuba nak adapt everything, she is so strong like Aisyah R.A. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Shuhada dipercayai memuat naik foto anaknya ketika berada di sebuah pusat psikiatri.
Dalam posting yang sama, Shuhada seakan memberi bayangan bahawa perjumpaan anaknya bersama doktor kanak-kanank psikiatri adalah kerana konflik rumah tangganya bersama suami, Hafidz Roshdi.
Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila ada individu mempersoalkan mengenai keadaan Humairah sehingga perlu dirujuk doktor psikiatri.
Kenapa dengan anak Shu ni? Jawab Shuhada, anaknya yang kini berusia lima tahun itu sangat terkesan atas segala yang terjadi antara mereka suami isteri kerana Humairah merupakan saksi setiap kejadian berlaku.
Tengah lalui ujian Allah yang berat juga. Humairah kuat. Dialah yang paling terkesan sebab semua jadi depan mata dia. Tak perlu nak mengadu domba, dia seorang yang sangat cerdik. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu terhadap anak kecil itu serta mendoakan agar Humairah kembali ceria seperti kanak-kanak yang lain.
Sebelum ini, Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengesahkan yang dirinya menerima surat tuntutan saman daripada wanita yang didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangganya bersama Hafidz iaitu Athira Yuhada.
“Ya. Saya ada menerima surat tuntutan saman daripada wanita itu. Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk langkah seterusnya.”
Shuhada memberitahu yang pihak ketiga tersebut memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya disebabkan kenyataan yang telah dimuat naik pada 15 Februari lalu. “Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15.2.2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.”
Shuhada mengaku tidak pernah berdepan dengan masalah seperti itu kerana tidak pernah berpengalaman dan merasa bimbang dengan jumlah tuntutan yang dikemukakan.
Dia yang sedang mengusahakan produk terbaru masih baru dalam bidang perniagaan namun akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencari rezeki buat anak – anak dan dirinya selepas berpisah dengan suaminya.
Lebih Berusaha. Sebelum ini , dia mengakui tidak pernah memikirkan tentang membuat simpanan kerana tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku terhadapnya dan anak- anak sehingga perlu menyara keluarga seorang diri.
Sumber : ohbulan