Nampak Seperti Hidayah Rebut Harta Mak Mertua, Bekas Peguam Ini Bongkar Kenapa Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Kena Sita

Bahang persengketaan balu Abam, Nur Hidayah Mohd Ali dan serta Ali Puteh nampaknya semakin menghangat bagaikan tiada kesudahan. Bayaran saman fitnah sebanyak RM60,000 belum lagi terlunas, kini Ali seakan terduduk apabila menerima surat mahkamah memaklumkan rumah peninggalan Allahyarham ibunya, Sabariah Arshad bakal disita.

Kenapa kaitkan harta mak & dicampur adukkan dalam isu ini?

Komitmen hidup seperti keperluan menyara anak kecil menjadi punca Ali tidak mampu membayar RM60,000 secara lump sum. Namun itu bukan bermakna dia lari daripada menyelesaikan tuntutan berkenaan. Akan tetapi, pelawak ini sempat mempersoalkan tindakan drastik Hidayah yang melibatkan rumah ibunya dalam kemelut mereka berdua.

Secara sah di sisi undang-undang, rumah itu milik Ali & bukan lagi milik ibunya

Bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh, bekas peguam, Reina Lum yang aktif menyebarkan ilmu perundangan di TikTok tampil memberikan penjelasan. Jika diikutkan, orang yang sudah ‘tiada’ tidak boleh memiliki atau memegang sebarang harta. Justeru mengikut logik mahkamah dan faraid, rumah berkenaan sebenarnya sudah menjadi hak serta pendapatan Ali Puteh (future income).

Kalau harga rumah lebih RM60K, maka bakinya akan dipulangkan kepada pihak Ali… So, memang adil

Dari dasarnya mungkin Hidayah nampak seperti mahu rebutkan harta ibu mentua, hakikatnya semua yang berlaku ada kaitan dengan kegagalan pihak sana membayar RM60,000. Andai kata rumah berkenaan selesai disita sebagai cagaran, pihak Ali tetap berhak mendapat baki selebihnya (jika ada) selepas nilai keseluruhan ditolak dengan RM60,000 tadi.

Antara komen lain,

Lepas Dengar Ni, Netizen Lagi Faham How It Goes Daripada Ali Puteh ????????

Saya Rasa Dia Tahu. Xmungkin Lawyer Dia X Xplain…Cuma Nak Tune Jee. ????????

Masak Ali,,Harta Masa Depan Pn Dah Nk Kne Ambil,,Haha

Tq Reina. Dia Ni Terus Melompat/Melatah. Cubalah Dia Bertanya Klu Ta Faham

Si Ali Noe Abt Faraid I Bet He Actually Dh Tahu The Mom Home Gona Be HIS Ikut Hukum Yg Sama.Biasa Dia Ada Aja Nk Tuduh Or Buat Si Balu Look BAD.

1 Je Nak Ckp, Kadang2 Lawyers Dah Explain Kat Clients Tapi Kita Boleh Nasihat Je. Client Tu Paham Atau Tak, Nak Buat Apa, Semua Hak Mereka.????

Video,

Sumber: TikTok Reina Lum

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih